Monday, October 25, 2010

Fakta menarik tentang cinta

 Fakta Menarik Tentang Cinta..



1 Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving). Jadi, kalau selalu tengok gambar ni, boleh membuatkan kita lebih mahukan pasangan kita tu. Lebih TERANGSANG..
2 Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Apa lagi, ciumlah isteri kau ataupun  peluk-peluk manja pun ok. Tapi kalau kau tak pernah buat, boleh membuatkan isteri kau rasa pelik je, mesti dia akan ingat kau ada helah tertentu..haha)

3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot). Memang agak susah untuk mencintai seseorang yang baru kenal. kena la kenal lama, baru boleh tau hati budi.
4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila. hormon serotonin tu hape??? manisnya dilamun cinta..
6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari  Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu). Boleh jadi gila wei bila kau putus cinta..

7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati kaulah nak ikut ke tak. kalau baru first time jatuh cinta, dah kahwin pun ade jugak yg kekal...jangan pulak kau break-up dengan pasangan kau sebab dia bukan cinta kau yg ke-13. haha..)
8 Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka. Tengah bercinta ni, kentut pun wangi.. happy sokmo..

Harap-harap, fakta di atas berguna untuk menyemarakkan lagi kasih sayang anda terhadap pasangan anda. selamat bercinta..

2 comments:

  1. Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati

    sedonzennnn ? adoi!

    ReplyDelete
  2. tia, cubalah teori ni.. sangat la betul teori ni.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...